13 KEPIMPINAN AMAR IPMa BERGABUNG MENJAYAKAN KEM AMAR IPMa SIRI 1 2024.

LENGGONG, 21 Julai 2024- Seramai 88 ahli kepimpinan Angkatan Mahasiswa Antirasuah (AMAR) menyertai Kem AMAR Institusi Pendidikan MARA (IPMa) tahun 2024 yang berlangsung selama tiga hari bermula 19 sehingga 21 Julai 2024 bertempat di Pusat Kecemerlangan Pelajar MARA (PUSKEP) Lenggong, Perak.

 

Kesemua peserta kali ini terdiri daripada 13 IPMa antaranya Institut Kemahiran MARA (IKM) Kuala Lumpur, Kolej Profesional MARA (KPM) Beranang, KPM Indera Mahkota, KPM Bandar Penawar, Kolej MARA (KM) Seremban, KM Banting, KM Kuala Nerang, Universiti Kuala Lumpur Malaysia Institute Of Aviation Technology (UniKL MIAT) , Universiti Kuala Lumpur Malaysia Italy Design Institute (UniKL MIDI), Universiti Poly-Tech Malaysia (UPTM) Kuala Lumpur dan Kolej Poly-Tech MARA Bangi.

 

Program ini diadakan bertujuan untuk membantu membina jati diri para pelajar dalam berdepan dengan pelbagai cabaran masa depan melalui pembentukkan sebuah generasi yang lebih holistik, berketrampilan, berdaya saing berprinsip antirasuah serta berintegriti tinggi seiring dengan falsafah pendidikan MARA dan negara.

 

Sepanjang program ini, para pelajar didedahkan dengan pelbagai aktiviti kepimpinan antaranya sesi perkongsian bersama pegawai-pegawai kanan SPRM serta cambahan idea dalam kalangan pemimpin AMAR sendiri menerusi pelbagai aktiviti luar, segmen Gerakan Antirasuah (GeAR), penghasilan video pendek FYP serta Sesi Pembentangan Aktiviti Antirasuah (SPAAR).

 

Majlis penutup Kem AMAR kali ini telah disempurnakan oleh Tuan Haji Abd Manap bin Abdul Majid selaku Pengarah Bahagian Penganjuran Pelajaran MARA. Turut hadir pegawai-pegawai daripada Unit Intergriti (UI) MARA serta Cawangan Pendidikan, Bahagian Pendidikan Masyarakat, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

 

Kredit: Media Perak

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *