3,500 MENERIMA BANTUAN RAYA EHSAN GROUP OF COMPANIES

IPOH – Ehsan Group of Companies ( EGC ) berkolaborasi bersama Persatuan India Muslim Perak ( PRIM ) meneruskan tradisi lebih tiga dekad dalam menyemarakkan bulan Ramadan melalui program tanggungjawab sosial korporat (CSR).

 

Pada tahun ini, syarikat hartanah bumiputera itu tampil dengan misi yang lebih besar melalui Jelajah Ihya Ramadan Ehsan 2025, membantu lebih 3,500 golongan asnaf, warga emas, anak yatim dan Orang Kelainan Upaya (OKU) di seluruh negara.

 

Program Jelajah Ihya Ramadan Ehsan telah diserikan dengan kehadiran Pengasas EGC , Dato’ Abdul Hamid PV Abdu diiringi Pengerusi Persatuan India Muslim Perak, Dr Mohamed Arib Aliah bertempat di Dewan Utama Masjid India Muslim pada pagi ini.

 

Abdul Hamid berkata, Jelajah Ihya Ramadan Ehsan akan diteruskan sehingga akhir bulan selain menyediakan barangan dapur serta bantuan sumbangan hari raya.

 

“Ribuan terima kasih diucapkan kepada PRIM kerana bekerjasama bersama EGC untuk menjayakan program sebegini.

 

“Agihan pada pagi ini disasarkan kepada insan memerlukan seperti orang kurang upaya, asnaf, mualaf, ibu tunggal dan anak yatim.

 

“Sumbangan ini melibatkan 100 penerima untuk membantu mereka meringankan beban kewangan menjelang Aidilfitri yang akan menjelang tiba”, ujar beliau kepada Perak Kini.

 

Beliau turut menambah, setiap penerima pagi ini akan menerima sekampit beras dan wang tunai berjumlah RM150 setiap seorang.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *