PRU15: Proses penamaan calon Parlimen Tambun berjalan lancar

Oleh Rosdalilah Zahari

IPOH – Proses penamaan calon bagi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU14) bagi Parlimen Tambun, Dewan Undangan Negeri (DUN) Manjoi dan DUN Hulu Kinta yang berlangsungĀ hari ini berjalan dengan lancar tanpa sebarang insiden provokasi daripada penyokong parti politik.

Sesi penamaan calon itu diadakan di Institut Latihan Perindustrian (ILP) Ipoh, Taman Meru di sini pada pagi Sabtu.

Pegawai Pengurus Pusat Penamaan Calon dan Pusat Perjumlahan Rasmi Undi PRU15, Datuk Mohamad Fariz Mohamad Hanip mengumumkan bahawa tiada calon yang ditolak kertas penamaan mereka pada hari ini.

Di bawah adalah senarai calon-calon yang akan bertanding di Parlimen Tambun, DUN Manjoi dan DUN Hulu Kinta pada Pilihan Raya Umum ke-15 yang akan diadakan pada 19 November ini.

P063 Parlimen TambunĀ 

Datuk Seri Anwar Ibrahim – Pakatan Harapan (PH)

Datuk Aminuddin Md Hanafiah – Barisan Nasional (BN)

Abdul Rahim Tahir – Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang)

Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu – Perikatan Nasional (PN)

N23 DUN Manjoi

Datuk Asmuni Awi – PH

Datuk Azizul Kama Abd Aziz – BN

Hafez Sabri – PN

N24 DUN Hulu Kinta

Muhamad Arafat Varisai Mahamad – PH

Datuk Mazlan Abd Rahman – BN

Puteri Holijah Muhamad Rali – PN

S Murugiah – Bebas (menggunakan lambang gajah di atas kertas undi)

#PerakKini #penamaancalon #BarisanNasional #PakatanHarapan #PerikatanNasional #PRU15 #ParlimenTambun #DUNManjoi #DUNHuluKinta

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *