58 LOKASI SAMPAH HARAM DI MANJUNG

Oleh: Norsharuddin Sapian

SERI MANJUNG: Majlis Perbandaran Manjung (MPM) mengenalpasti sebanyak 58 lokasi ‘hot spot’ pembuangan sampah haram di sekitar daerah Manjung.

Jurucakap Unit Korporat Dan Perhubungan Awam MPM berkata, perbuatan tidak bermoral oleh pihak yang tidak bertanggungjawab itu menjadikan kawasan perumahan dan perindustrian termasuk di bahu jalan sebagai tempat pembuangan sampah haram.

“Sisa buangan itu bukan sahaja menyakitkan pandangan malah menyebabkan longkang tersumbat serta berbau busuk.

“Lebih menyedihkan lagi, sampah berkenaan dibuang di kawasan yang telah pun diletakkan papan tanda Larangan Membuang Sampah,” katanya.

Menurutnya, pihak MPM telah mengambil pelbagai inisiatif bagi mengatasi masalah pembuangan sampah haram seperti mewujudkan Kumpulan Telegram Banteras Sampah Haram Manjung pada 5 Mac 2016 sebagai saluran untuk orang awam melaporkan kegiatan pembuangan sampah haram.

Saluran tersebut berfungsi menerima, merekod dan memberi maklum balas kepada pengadu dalam tempoh 24 jam aduan diterima selaras dengan usaha meningkatkan penyertaan orang awam dalam membantu membanteras kegiatan pembuangan sampah haram.

Bagi mengambil tindakan terhadap setiap aduan yang diterima berkaitan pembuangan sampah haram, MPM turut menubuhkan Skuad Bergerak (Flying Squad) dan melaksanakan pemasangan papan tanda Larangan Pembuangan Sampah di lokasi-lokasi yang telah dibersihkan.

“Kita turut memasang papan tanda dengan memaparkan mesej kesedaran di beberapa kawasan tertentu seperti di Lumut, Ayer Tawar, Pantai Remis, Kampung Koh dan Sitiawan.

“Bagi meningkatkan lagi kesedaran orang awam, kami sentiasa mempromosikan kempen pendidikan menerusi paparan di skrin LED milik kami dan saluran media sosial seperti facebook, WhatsApp, Telegram serta Laman Sesawang MPM,”

Menurutnya, MPM akan meneruskan pemantauan dan penguatkuasaan terhadap aktiviti pembuangan sampah haram itu.

Mengikut Undang-undang Kecil Pemungutan, Pembuangan dan Pelupusan Sampah Sarap (Majlis Daerah Manjung) 1984, pesalah yang melakukan pembuangan sampah haram boleh dikenakan kompaun sehingga RM250 dan jika disabitkan di mahkamah

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *