PROGRAM JUALAN RAHMAH MADANI (PJRM) BACK TO SCHOOL PERINGKAT NEGERI PERAK

IPOH – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Negeri Perak telah menganjurkan Program Jualan RAHMAH Madani (PJRM) “Back To School” di seluruh negeri Perak sempena cuti sekolah yang bermula pada 18 Januari hingga 16 Februari 2025.

 

Objektif pelaksanaan program ini adalah untuk meringankan beban ibu bapa bagi menyediakan kelengkapan barangan keperluan harian dan barangan keperluan sekolah anak-anak melalui penawaran jualan pada potongan harga 10% hingga 30% dari harga pasaran.

 

Program ini diteruskan berikutan respon yang positif daripada masyarakat dan ianya juga adalah selari dengan pendekatan Kementerian melalui ‘whole of nation approach’ dalam menangani kos sara hidup rakyat disamping meningkatkan keterangkuman pelbagai pihak sekaligus memanfaatkan lebih ramai anggota masyarakat.

 

Sepanjang tahun 2024, KPDN Perak telah berjaya melaksanakan sebanyak 945 program PJRM dan jumlah ini jauh melebihi sasaran yang telah ditetapkan iaitu sebanyak 552 program.

 

Bilangan jumlah pengunjung juga telah meningkat sebanyak 107% iaitu dari 800,754 pengunjung kepada 1,658,225 pengunjung berbanding tahun 2023.

 

Jumlah nilai jualan PJRM pada tahun 2024 juga telah meningkat sebanyak 221% iaitu dari RM19,957,423.5 kepada RM64,089,786.04 berbanding dengan tahun sebelumnya.

 

Sejak awal tahun 2025 iaitu Januari hingga kini sebanyak 130 program PJRM telah berjaya dilaksanakan di seluruh negeri Perak.

 

Pada tahun 2024 juga, sebanyak 36 Program Jualan Rahmah Madani “Back to School” telah berjaya diadakan dan pada tahun ini sebanyak 37 program telah diatur mengikut jadual dan akan dilaksanakan sepanjang cuti sekolah ini.

 

Program ini telah disempurnakan oleh Pengarah KPDN Negeri Perak , Dato’ Kamalludin Ismail bertempat di Ruang Legar Blok A , Bangunan Persekutuan Ipoh pada hari ini.

 

Kamalludin menyatakan,”KPDN Perak berharap masyarakat terutama mereka yang berpendapatan rendah dapat mengambil peluang mengunjungi PJRM ini supaya dapat berbelanja dengan lebih jimat serta mendapatkan maklumat berkaitan Program Jualan RAHMAH Madani sepanjang tahun di negeri Perak”, ujar beliau.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *