Bekalan makanan utama di Perak mencukupi menjelang Aidilfitri – Saarani

Oleh Rosdalilah Zahari

IPOH – Kerajaan Negeri Perak memberi jaminan bekalan makanan mencukupi untuk menampung keperluan rakyat menjelang sambutan Aidilfitri minggu hadapan.

Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad berkata ini berikutan trend semasa pengeluaran tanaman makan utama sayuran dan buah-buahan, bekalan di negeri Perak dilihat mencukupi.

Menurutnya, setakat ini, Perak tidak mengalami sebarang ketidakcukupan tanaman makanan utama seperti sayuran dan buah-buahan ketika bulan Ramadan.

“Malah, pengeluaran tanaman tembikai, cili dan sayur berdaun yang menjadi tumpuan ketika bulan ramadan meningkat sehingga suku tahun pertama tahun 2023.

“Berhubung kenaikan harga sayur ketika ini adalah disebabkan kebanyakan sayuran dan buah di Perak telah dihantar ke negeri lain seperti Johor yang terkesan akibat bencana banjir yang melanda,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada media selepas merasmikan Program Riang Raya Promosi dan Jualan Produk Asas Tani (IAT) Jabatan Pertanian Negeri Perak Tahun 2023 di Bangunan Seri Perak Darul Ridzuan pada Khamis.

Saarani berkata berdasarkan data Jabatan Pertanian Negeri Perak seramai 13,378 orang petang sudah berdaftar di bawah jabatan.

“Dalam tempoh lima tahun, Perak adalah negeri utama pengeluar sayuran dan buah-buahan.

Antara komoditi sayur utama adalah ayam, bendi dan sawi. Untuk komoditi buah utama adalah jambu batu, jagung dan mangga.

“Pada tahun lalu, Daerah Larut, Matang dan Selama (LMS) adalah pengeluar buah-buahan terbesar di Perak dengan 3,853 hektar bertanam dan jumlah pengeluaran sebanyak 30,260 metrik tan.

“Manakala, Daerah Kinta pula adalah pengeluar sayur-sayuran terbesar di negeri ini dengan 3,881 hektar keluasan bertanam dengan pengeluaran sejumlah 69,373 metrik tan pada tahun sama,” ujarnya.

#PerakKini #KerajaanNegeriPerak #bekalanmakanan #Aidilfitri #mencukupi #RBZ

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *