AMK Perak buat dua laporan polis terhadap pemilik akaun FB dan Tiktok atas kenyataan fitnah, hina PM

Ketua AMK Perak, Zaim Sidqi Zulkifly (dua kanan) menunjukkan laporan polis berhubung tuduhan fitnah terhadap Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim di perkarangan tempat letak kereta IPD Ipoh, pada Khamis.

Oleh Rosdalilah Zahari

IPOH – Angkatan Muda Keadilan (AMK) Perak membuat laporan polis terhadap hantaran jelik dan berunsur fitnah di media sosial menyatakan Ahli Parlimen Tambun yang juga Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai peliwat.

Ketua AMK Perak, Zaim Sidqi Zulkifly berkata hantaran yang dimuat naik pemilik akaun Facebook Mubin Salleh itu semalam menyatakan “Saya yakin Tambun peliwat. Orang Cherok Tok Kun sedap main belakang. Tambun jugak yang lekat nama. ”

Menurutnya, kenyataan berbaur fitnah itu adalah palsu serta secara terang-terangan mengaibkan Anwar.

“Isu ini adalah perkara serius kerana melibatkan satu fitnah dan tuduhan melampau oleh pemilik akaun tersebut terhadap Perdana Menteri.

“Hantaran tersebut juga mendapat reaksi ramai netizen dengan komen-komen jelik,” katanya ketika ditemui di parkir Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) pada Khamis.

Hadir sama, Timbalan Ketua AMK Perak, Ashraf Kahasani.

Dalam pada itu, Zaim Sidqi berkata satu lagi laporan polis turut dibuat berhubung hantaran pemilik aplikasi TikTok yang menggunakan nama Sweet_purple1404 memaparkan tulisan Al-Fatihah dan salam takziah berserta gambar Perdana Menteri.

“Kedua-dua laporan polis ini dibuat adalah untuk meminta pihak berkuasa menjalankan siasatan terhadap sebarang tindakan yang berbentuk hinaan atau fitnah terhadap Anwar.

“Sehubungan itu, AMK Perak menggesa Polis Diraja Malaysia (PDRM) segera menyiasat dan mengambil tindakan tegas dibawah unsur-unsur dan elemen yang mengaibkan Perdana Menteri di bawah seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia serta di bawah seksyen 298A Kanun Keseksaan dan Akta Hasutan kerana mengganggu gugat keamanan rakyat,” jelasnya.

#PerakKini #PDRM #AMKPerak #laporanpolis #fitnah #PerdanaMenteri #RBZ

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *