BUAL BICARA OPS MOTOSIKAL, “DIMANA KEADILANNYA?

8 DISEMBER, IPOH – “Dimana keadilannya? “, adalah topik utama program bual bicara yang dianjurkan oleh Kumpulan Gerak Dua Roda Perak (GDRP) yang terdiri daripada usahawan, pengajar, pakar motosikal serta penggerak belia yang menggunakan motosikal sebagai pengangkutan harian dijalanraya.

 

Program ini bertujuan memberi pendapat dan maklumat serta luahan perasaan kelompok bermotosikal untuk mengurangkan kes kemalangan jalanraya serta tindakan penguatkuasaan undang-undang jalanraya kepada pengguna bermotosikal.

 

Bekas pelumba negara, Wazi Abdul Hamid hadir selaku koordinator didalam bual bicara tersebut bertempat di Port Moto Wazi, Simpang Pulai pada petang ahad.

 

Turut hadir didalam program tersebut Presiden Kelab Etiraf Biker’s Ipoh, Mior Azhar Mior Junid, Presiden Baddad Motor Group, Kamaluddin Shamil Yom Ahmad, Presiden Kelab Permotoran Harmoni Heaven, Heng Chong, Presiden X Series Racing, Arif Asyraf Mohd Sahid, Presiden Alternative Biker’s Club, Zulkifli Ismail, Presiden BMW G4 One, Badrul Hisham Ahmad, Presiden GSOP BMW, Rasdy Shaari serta ahli kelab yang hadir.

 

Wazi Abdul Hamid menyatakan, “Antara inti pati cadangan oleh GDRP yang boleh dilaksanakan antaranya adalah program aktiviti NGO serta agensi kerajaan bersama sekolah-sekolah, penganjuran program bermotosikal yang menerapkan etika keselamatan jalanraya, pembinaan tapak dan litar bagi aktiviti bermotosikal dilokasi bersesuaian serta kempen program keselamatan pengguna motosikal.

 

“GDRP mengharapkan pihak berkuasa khususnya Jabatan Pengangkutan Jalan dan Polis DiRaja Malaysia lebih prihatin bagi membela nasib pengguna motosikal yang menjadi mangsa kecuaian pengguna lain seperti kes mabuk, pemandu lori yang cuai dan lain-lain dengan mewujudkan akta serta undang-undang yang lebih keras”, ujar beliau selaku koordinator mewakili kelab motosikal yang hadir.

 

 

 

Disediakan oleh Azizi Latif

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *