DERMATHON PIBG SMK RAJA CHULAN BERJAYA RAIH KUTIPAN RM 100,555.00

Ipoh , 10 Julai – Program Dermathon anjuran SMK Raja Chulan , Ipoh berjaya mengumpul dana sebanyak RM 100,555.00 dalam usaha untuk meningkatkan kemudahan pembelajaran, pembelian peralatan dan meningkatkan prasarana ICT dan membaik pulih infrastruktur sekolah.

 

Bagi Yang Di Pertua PIBG SMK Raja Chulan, Datuk Mohd Hussin Abdullah, kejayaan mengumpul dana ini adalah hasil daripada usaha bersama dan semangat ibu bapa , barisan pentadbir serta warga pendidik yang tinggi.

 

“ Dana yang diperolehi ini akan digunakan sepenuhnya untuk memperbaiki dan menambah baik kemudahan pembelajaran dan infrastruktur sekolah yang daif“ ujar beliau.

 

“ Program ini bukan sahaja mengeratkan hubungan antara pihak sekolah dan komuniti setempat malah menunjukkan bahawa pendidikan adalah tanggungjawab bersama sebagaimana yang dihasratkan dalam teras KPM Sekolah Milik Masyarakat. Kami berharap agar program seperti ini dapat diteruskan pada masa akan datang dan menjadi inspirasi kepada sekolah – sekolah lain “ katanya lagi.

 

Manakala bagi Pengetua SMK Raja Chulan, Tuan Haji Jamil Dayan, kejayaan Dermathon ini adalah sesuatu yang di luar jangka.

 

“ Pihak sekolah menyasarkan kutipan sebanyak RM 80,000 namun hasil usaha keras semua warga sekolah dan sokongan PIBG, kutipan yang dikumpul adalah lebih dari yang disasarkan “ ujar beliau.

 

Majlis penutup program Dermathon ini telah dilakukan oleh Datuk Mohd Hussin Abdullah, YDP PIBG SMK Raja Chulan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *