HAMPIR 4000 MASYARAKAT SUNGAI SIPUT HADIR MEMERIAHKAN RUMAH TERBUKA DEEPAVALI MADANI.

23 November , SUNGAI SIPUT – Hampir 4000 tetamu hadir memeriahkan sambutan Rumah Terbuka Deepavali Madani 2024 yang diadakan di Arena Sungai Siput, disini pada Sabtu.

 

Kehadiran pelbagai kaum, bangsa dan agama hadir anjuran Ahli Parlimen Sungai Siput, YB S.Kesavan adalah sebagai tanda sokongan dan penghargaan atas jasa serta pengorbanan beliau sebagai pemimpin masyarakat khususnya di Sungai Siput.

 

Pada sidang media, S. Kesavan berkata,

“Dalam tempoh dua tahun ini Kerajaan Madani telah menunjukkan keberhasilan dimana keberanian Perdana Menteri melaksanakan penyasaran subsidi walaupun diperingkat awal ada golongan tidak berpuas hati.

 

” Tetapi setelah beberapa bulan dilaksanakan kita dapat jimatkan wang lebih RM 1 bilion, ketirisan dapat dikawal. Ini menunjukkan bahawa keberanian beliau dalam memimpin jelas membuahkan hasil”, katanya kepada pemberita.

 

Hadir sama pada majlis itu, Exco Pembangunan Luar Bandar, Perladangan, Pertanian dan Industri Makanan Perak merangkap ADUN Lintang, Datuk Mohd Zolkafly Harun serta Pengerusi Parti Keadilan Rakyat (PKR) Perak, Mohamad Hairul Amir Sabri.

 

“Sebagai Ahli Parlimen saya sentiasa memberikan sokongan dan dokongan malah kita yakin rakyat Malaysia sudah nampak keberhasilan itu genap dua tahun ini.

 

” Jadi kita perlu memberikan tempoh tiga tahun akan datang ini untuk memastikan Malaysia benar-benar berada dilandasan kearah negara maju”, katanya.

 

Majlis turut dimeriahkan lagi dengan pelbagai persembahan, cabutan bertuah serta pelbagai variasi makanan yang ditampilkan.

 

Disediakan oleh Azizi Latif.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *