HARI SUKANEKA GUNUNG LANG 2024 DISAMBUT MERIAH

15 Disember, IPOH – Sukaneka Gunung Lang yang julung kali diadakan ternyata berjaya mengeratkan ukhwah dalam kalangan peserta dan juga penduduk taman .

 

Program tersebut dianjurkan Kawasan Rukun Tetangga (KRT) Desa Lang, Ipoh melibatkan 10 acara tradisional yang telah dipilih untuk temasya kali ini.

 

Acara yang menarik perhatian, antaranya adalah tarik tali berpasukan. Sukan tradisional lain yang turut dipertandingkan adalah acara bowling kampung, lari dalam guni, larian atas bata, pijak belon, isi air dalam botol, pakai seluar tanpa tangan dan acara selipar muzik.

 

Majlis perasmian telah disempurnakan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri Perak (ADUN) Manjoi, Hafez Sabri bertempat di Padang Gunung Lang, Ipoh pada pagi ini.

 

Turut mengiringi beliau adalah Pengerusi KRT Desa Lang, Azman Arshad, Pelajar Kolej Tingkatan 6 Seri Putra selaku koordinator serta pengurus pasukan tarik tali dan kehadiran penduduk taman.

 

Hafez berkata,”Saya mengucapkan tahniah kepada Pengerusi KRT Desa Lang dan semua peserta yang telah bersatu hati untuk menjayakan sukaneka Gunung Lang pada pagi ini.

 

” Kerjasama yang begitu erat dapat memupuk ukhwah dikalangan penduduk taman secara am nya.

 

“Program sebegini dapat melahirkan penduduk berjiwa harmoni, sejahtera dan tolong-menolong. Saya mendoakan semoga KRT Desa Lang terus maju dan cemerlang serta menjadi contoh kepada KRT lain di negeri Perak”, ujar beliau ketika ditemubual oleh Perak Kini.

 

Sukaneka bukan sahaja menarik perhatian kanak-kanak, tetapi juga golongan dewasa juga tidak melepaskan peluang menyertai pertandingan yang diadakan.

 

Hadiah kepada pemenang tarik tali dan acara lain telah disampaikan oleh Pengerusi KRT Desa Lang dalam suasana gembira dan ceria.

 

 

Disediakan oleh Azizi Latif

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *