HOTEL MU TAWAR LEBIH 70 SAJIAN ISTIMEWA SEMPENA CAHAYA RAMADAN 2025

IPOH – Menyambut kehadiran bulan Ramadan yang penuh keberkatan, Hotel MU (HMU) menawarkan pengalaman berbuka puasa yang istimewa dengan lebih daripada 70 jenis hidangan bufet Ramadan bertemakan ‘Cahaya Ramadan 2025’.

 

Hidangan ini disediakan dengan penuh kasih sayang, mengembalikan nostalgia juadah tradisional dan timur tengah yang menjadi kegemaran ramai.

 

Tawaran harga yang berpatutan , tempat yang selesa serta mempunyai tarikannya yang tersendiri sering menjadi kriteria utama untuk berbuka puasa bersama keluarga serta sahabat handai dan pastinya memenuhi citarasa setiap pelanggan yang berkunjung ke sini.

 

Menurut Pegawai Eksekutif Makanan dan Minuman (F&B) HMU, Muhammad Fairos Baharuddin berkata, menu utama disini adalah kambing bakar dan nasi beriyani kambing yang disediakan pada hari jumaat dan sabtu.

 

“Selain daripada itu terdapat 70 jenis menu seperti gulai lemak udang,kari nyonya kapitan, patin gulai tempoyak, bubur lambuk , oden , sup ayam serta berbagai aneka juadah lain yang disediakan oleh Chef berpengalaman luas didalam bidang kulinari.

 

“Terdapat juga pilihan lain seperti jajan, rojak buah , ais krim, manisan pencuci mulut dan juga ais kacang,” ujar beliau kepada Perak Kini malam tadi.

 

Pegawai Eksekutif Jualan dan Pemasaran HMU, Fatin Liyana Jalaludin menambah, disini tempahan dapat memuatkan seramai 100 orang pelanggan dalam satu masa.

 

“Kadar harga pada hari selasa,rabu dan khamis bermula dari RM40.00 bagi kanak-kanak dan RM75.00 bagi orang dewasa.

 

“Manakala pada hari jumaat dan sabtu kadar harga bermula serendah RM60.00 bagi kanak-kanak dan RM95.00 bagi orang dewasa.

 

“Untuk makluman bufet Ramadan hanya dibuka selama 5 hari seminggu dan pastikan tempahan awal dibuat untuk mengelakkan tempahan penuh,” ujar beliau.

 

Tempahan bermula dari tarikh 11 Mac sehingga 29 Mac 2025 dan dibuka dari jam 6.30 petang sehingga 10 malam.

 

Untuk sebarang pertanyaan dan tempahan boleh menghubungi ditalian 017-4790086 / 016-4762610 untuk mendapatkan maklumat lanjut.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *