ISR43L MENCABULI HAK ASASI MANUSIA
MAPIM MENGUTUK SEKERAS-KERASNYA SERANGAN ISR43L KE ATAS PEKERJA KEMANUSIAAN DI GAZA, MENUNTUT TINDAKAN SEGERA DARIPADA PBB
Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM) mengecam dan mengutuk sekeras-kerasnya serangan udara Isr43l yang telah membunuh lapan pekerja kemanusiaan di Beit Lahiya, utara Gaza, pada hari Sabtu yang lalu.
Serangan berlaku sekitar 1:30 tengah hari waktu tempatan, ketika pekerja bantuan sedang mendirikan khemah bagi menempatkan keluarga Palestin yang kehilangan tempat tinggal akibat keganasan rejim Zionis.
MAPIM menuntut agar Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) segera mengambil tindakan terhadap Isr43l atas kejahatan perang ini, serta memastikan keselamatan pekerja bantuan dan orang awam di Gaza terjamin.
Ini bukan kali pertama Isr43l melakukan serangan keatas petugas kemanusiaan. Berpuluh petugas telah terkorban sebelum ini sepanjang jenayah genosid Isr43l di Gaza.
MAPIM BERKABUNG ATAS KEHILANGAN PEKERJA KEMANUSIAAN DAN PETUGAS MEDIA
MAPIM bersama rakan kongsinya, Al-Khair Foundation, amat berdukacita atas kehilangan pasukan kemanusiaan yang syahid dalam serangan ini, termasuk tiga petugas media yang sedang mendokumentasikan usaha bantuan kepada rakyat Gaza.
Kami merakamkan takziah kepada ahli keluarga petugas yang syahid dan mendoakan agar mereka tabah melalui uijian ini. Moga ruh semua yang syahid itu menerima ganjaran yang terbaik dari Allah SWT.
Mangsa yang terkorban dikenal pasti sebagai:
1. Mahmoud Yahya Al-Sarraj
2. Bilal Hossam Oqeila
3. Mahmoud Samir Oselim
4. Mahmoud Khaled Oselim
5. Mohammed Al-Ghafeer
6. Hazem Ghareeb
7. Bilal Abu Matar
8. Ahmad Hamad
MAPIM menegaskan bahawa serangan ini merupakan pelanggaran berat terhadap undang-undang antarabangsa dan Konvensyen Geneva, yang melindungi orang awam serta pekerja kemanusiaan di zon konflik.
MAPIM TEGUH DALAM KOMITMEN MEMBANTU GAZA
Walaupun menghadapi risiko tinggi, MAPIM tetap komited untuk meneruskan misi kemanusiaan di Gaza.
Setakat ini, MAPIM telah berjaya mendirikan 1,000 khemah bagi menempatkan keluarga yang kehilangan tempat tinggal akibat serangan Isr43l.
MAPIM MENUNTUT:
1. Tindakan tegas daripada PBB dan masyarakat antarabangsa terhadap Israel kerana melakukan jenayah perang ke atas pekerja kemanusiaan.
2. Gencatan senjata segera bagi menghentikan pembunuhan berterusan ke atas rakyat Palestin yang tidak berdosa.
3. Akses tanpa halangan kepada bantuan kemanusiaan di Gaza untuk memastikan rakyat Palestin mendapat keperluan asas.
MAPIM menyeru masyarakat dunia untuk bangkit menentang kezaliman dan tidak membiarkan Israel terus melakukan keganasan tanpa sebarang tindakan balas.
#HentikanPembunuhan #SelamatkanPalestin #BantuanKemanusiaanDiserang