JABAT PERAK ANJUR KEJOHANAN BADANG MALAYSIA 2024

29 Disember, KAMPAR – Jalinan Bersatu Sahabat Perak (JABAT) menganjurkan pertandingan Badang Malaysia 2024, bermula 28 sehingga 29 disember dan berakhir pada hari ini selama dua hari.

 

Sebanyak 55 peserta dari seluruh negeri berentap merebut kejuaraan bagi kategori 75kg kebawah dan kategori 75kg keatas, dimana 10 peserta layak ke peringkat akhir bagi setiap kategori.

 

Majlis penutup telah disempurnakan oleh Ahli Majlis Daerah Kampar, Mohd Lot Abdul Hamid bertempat di Sahom Valley Resort, Kampar pada petang ini.

 

Turut mengiringi beliau, Pengarah Program, Amiruddin Mohd Daud serta Pengarah Urusan Shahom Valley, Shariff Ali Jabat.

 

Amiruddin berkata,”Seramai 55 peserta individu telah menyertai kejohanan pada kali ini. Untuk bergelar ‘badang’ peserta harus mengharungi cabaran antaranya, tayar ‘flip’ 90kg sehingga 150kg, menarik kenderaan pacuan 4×4 sepanjang 10 meter serta larian 1 kilometer.

 

” Saya juga merakamkan jutaan terima kasih kepada pihak Tourism Malaysia kerana memberikan sokongan kepada kejohanan ini”, ujar beliau kepada pemberita.

 

Mohammad Syarif Haikal Mohd Sharin, 23, berkata, ” Saya berkecimpung dalam sukan ini sejak dari tahun 2014 semenjak tingkatan satu sehingga kini.

 

” Selama saya menyertai kejohanan ini, sudah 8 kali saya berjaya naik ke podium sepanjang karier saya,” yang merupakan juara badang kategori 75kg kebawah.

 

Juara kategori 75kg keatas telah dinobatkan kepada Mohd Nor Arif Mohd Khalil, 32. Menurut beliau, “Kebiasaannya kategori badang melibatkan bebanan seperti angkat tayar lori, kayu balak, larian serta kekuatan stamina dalam erti kata lain melibatkan ‘endurance dan strength’.

 

” Saya berjaya menjuarai 4 kali kejohanan badang sepanjang karier saya dan diharap kali ini saya dapat menyertai kejohanan peringkat dunia”, ujar beliau kepada Perak Kini.

 

Juara untuk setiap kategori akan membawa pulang wang tunai sebanyak RM1500.

 

 

Disediakan oleh Azizi Latif

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *