Jenazah Megat Ashman selamat dikebumi

IPOH: Jenazah Megat Ashman Aqif Megat Irman Jefni, pelajar Malaysia yang maut dalam insiden kemalangan jalan raya di Lake Tekapo, New Zealand telah selamat dikebumikan di tanah perkuburan Muslim Cemetery, Bromley, Christchurch pukul 1.30 tenghari waktu tempatan hari ini.

 

Allahyarham sebelum itu telah di mandi, dikafan dan disolatkan di Masjid An Nur dengan kehadiran ayahnya Megat Irman Jefni Megat Khashusaini, ibunya, Noor Aishah Abdul Latif, abangnya ,Megat Iqwan Daniel dan adik bongsunya, Megat Rayyan Dashrin.

Suasana Di Tanah perkuburan Christchurch

Sementara itu di Ipoh, Perak, keluarga sebelah bapa allahyarham telah mengadakan solat jenazah ghaib untuk Megat Asman Aqif di Masjid Sultan Yusuf, Rapat Setia.

 

Solat jenazah ghaib tersebut telah disertai datuk allahyarham ,Megat Khashusaini Megat Abd.Rahman.

 

Megat Ashman Aqif Megat Irman Jefni dan Wan Nur Adlina Alisa, kedua-duanya penuntut University of Canterbury maut dalam kemalangan di Lake Tekapo di New Zealand ,Jumaat lalu.

 

Dalam kemalangan tersebut,tiga lagi pelajar malaysia cedera membabitkan dua penuntut uni Jenazah Megat Ashman selamat dikebumi

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *