KEJOHANAN BOLA SEPAK EMPAT PENJURU
8 September, IPOH – Kejohanan bola sepak empat penjuru anjuran Kawasan Rukun Tetangga (KRT) Desa Lang berlangsung dengan meriah pada hari ini.
Sebanyak empat pasukan berentap bagi merebut kejuaraan yang julung kali diadakan bertempat di Padang Gunung Lang, Ipoh.
Antara pasukan yang bertanding dalam kejohanan kali ini adalah pasukan KRT Desa Lang, pasukan Bersatu Ipoh Barat, pasukan PAS Ipoh Barat dan pasukan KTMB (Ipoh).
Perasmian kejohanan telah dirasmikan oleh Ketua Bahagian Bersatu Ipoh Barat, Iskandar Abdul Rahman diiringi Pengerusi KRT Desa Lang, Azman Arshad serta pengurus pasukan yang bertanding.
Menurut Azman Arshad berkata, “Kejohanan bola sepak empat penjuru ini julung kali diadakan disini dan matlamat utama kejohanan ini adalah untuk mengeratkan silaturahim antara penduduk sekitar yang boleh dipupuk melalui sukan bola sepak”, ujar beliau kepada pemberita.
Tempat ke-3 dimenangi oleh pasukan KTMB (Ipoh) setelah menumpaskan pasukan PAS Ipoh Barat melalui sepakan penalti.
Didalam perlawanan akhir, KRT Desa Lang telah dinobatkan sebagai juara kejohanan setelah menumpaskan pasukan Bersatu Ipoh Barat dengan jaringan 2 gol berbalas 1 walaupun diberi tentangan sengit oleh pihak lawan.
Turut menjadi perhatian kejohanan adalah anugerah ‘Penjaring Terbanyak’ yang dimenangi oleh Amiruddin Rahim daripada pasukan KRT Desa Lang.
Kemenangan berganda disambut meriah apabila anugerah ‘Pemain Terbaik’ turut dimenangi oleh Muhammad Afendi Azmi dari pasukan KRT Desa Lang.
Disediakan oleh Azizi Latif