KEJOHANAN OLAHRAGA MSSM 2024 MELABUHKAN TIRAI DI STADIUM PERAK
25 Oktober, IPOH – Kejohanan Olahraga Majlis Sukan Sekolah Malaysia (MSSM) kali ke-64 telah berlansung dari 18 Oktober sehingga 24 Oktober 2024 yang diadakan di Stadium Perak dan Stadium Ragbi, Ipoh.
Majlis penutup kejohanan telah disempurnakan oleh Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia, Azman Adnan bertempat di pentas utama Stadium Perak pada petang Khamis semalam.
Kontinjen Majlis Sukan Sekolah (MSS) Sabah muncul juara keseluruhan Kejohanan Olahraga MSSM dengan mengutip 23 emas, 22 perak dan 16 gangsa.
Tempat kedua adalah Kontinjen MSS Selangor dengan mengutip 16 emas, 13 perak dan 13 gangsa diikuti tempat ketiga oleh Kontinjen MSS Selangor dengan 14 emas, 10 perak dan 6 gangsa.
Mencuri tumpuan adalah atlet MSS Pulau Pinang, Syed Amin Roslan yang telah dinobatkan sebagai olahragawan MSSM selepas menggondol dua pingat emas dan satu perak.
Manakala atlet MSS Kelantan, Alia Batrisyia Nasaruddin meraih anugerah olahragawati MSSM dengan pungutan satu emas dan satu perak dalam temasya edisi kali ke-64 ini.
Disediakan oleh Azizi Latif