Kerajaan Negeri Perak beri insentif dua atlet boling padang yang merangkul emas, gangsa pada kejohanan dunia

Khairudin (dua dari kanan) ketika menyampaikan sumbangan kepada Aleena dan Izzat yang memenangi pingat di Kejohanan Dunia Boling Padang di pejabatnya di sini pada Selasa.

Oleh Rosdalilah Zahari

KERAJAAN Negeri Perak akan memberikan insentif kepada dua atlet boling padang yang memenangi pingat emas dan gangsa dalam Kejohanan Boling Padang Dunia di kelab Broadbeach Bulls, Gold Coast, Australia pada 9 September lalu.

Exco Pendidikan, Pengajian Tinggi, Belia dan Sukan Perak, Khairudin Abu Hanipah berkata insentif tersebut akan diberikan kepada Aleena Nawawi yang memenangi pingat emas bagi kategori berpasangan wanita dan Izzat Dzulkeple yang memperoleh pingat gangsa melaluiĀ  kategori berpasangan lelaki sewaktu berentap dalam kejohanan dunia itu.

Menurutnya, pencapaian kedua-dua atlet itu amat membanggakan Perak kerana berjaya mengharumkan nama Malaysia di persada dunia.

“Selaku kepimpinan kerajaan negeri, kami menzahirkan ucapan tahniah dan syabas atas pencapaian yang gilang-gemilang khususnya kepada dua anak Perak yang berjaya menaikkan nama Malaysia.

“Sudah kerajaan negeri bersama dengan Majlis Sukan Negeri (MSN) Perak, cukup berbangga dengan pencapaian kedua-dua atlet ini,” katanya.

Beliau ditemui media ketika menyampaikan sumbangan kepada dua atlet Perak yang berjaya memenangi pingat ketika Kejohanan Dunia Boling Padang di pejabatnya di sini pada Selasa

Dalam pada itu, Aleena ketika ditemui berkata perjalanan boling padang beliau bermula apabila menjalani latihan mewakili Perak pada Sukan Malaysia (SUKMA) 2016 di Sarawak.

“Alhamdulillah, saya terus berlatih sehingga berjaya merangkul pingat emas pada SUKMA Kuala Lumpur. Pada waktu itu saya dipanggil oleh jurulatih untuk diserap masuk ke dalam skuad kebangsaan.

“Kini sasaran saya adalah untuk terpilih mewakili negara ke Sukan Asia yang akan diadakan di Thailand pada tahun hadapan,” ujarnya. untuk ke kejohanan next kita orang, Asian Game dekat Thailand Tahun depan,” ujarnya.

#PerakKini #bolingpadang #dunia #emas #gangsa #RBZ

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *