KERAJAAN NEGERI PERLU SEDIA BANYAK PROGRAM RANGSANGAN

IPOH : Adun Chenderoh, Syed Lukman Hakim Syed Mohd Zin, mencadangkan agar Kerajaan Negeri Perak menyediakan sebanyak mungkin program rangsangan (ekonomi) atau ‘stimulus program’ untuk rakyat negeri Perak .

Beliau berkata demikian ketika perbahasan menjunjung kasih titah Duli Yang Maha Mulia Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah pada Istiadat pembukaan Mesyuarat Pertama, Penggal Ketiga, Dewan Negeri Perak Kelima Belas.

Beliau berkata, pihak kerajaan negeri tidak perlu takut untuk berbelanja bagi keperluan rakyat dan menyarankan agar sasaran 20,000 penerima Kad Perak Sejahtera perlu dicapai.

“Kad Perak Sejahtera yang dahulunya dikenali sebagai Kad Perak Prihatin, diperkenalkan pada 10 April 2019 oleh Dato’ Seri Ahmad Faizal Azumu yang merupakan Menteri Besar Perak pada waktu itu telah terbukti berkesan dalam membantu menangani masalah kebajikan rakyat disamping merangsang rantaian ekonomi tempatan.” ujar beliau.

Beliau menambah lagi, bagi aspek pendidikan, bantuan perlu diperluas melalui penambahan jumlah biasiswa dan pinjaman boleh ubah, selain dari program sedia ada seperti Insentif Siswa Yayasan Perak (INSISYP), Bantuan Khas Pendidikan Perak secara ‘one-off ‘dan Tabung Simpanan Anak Perak kepada anak negeri Perak yang ingin melanjutkan pelajaran ke peringkat institusi pengajian tinggi dan juga institusi kemahiran tinggi.

“Ini adalah berikutan dari laporan prestasi kewangan negeri yang mencatatkan kedudukan surplus bagi tiga tahun berturut-turut” ujar beliau..

Menurutnya, kedudukan surplus ini bukan sesuatu yang tidak perlu dibanggakan namun ia perlu diagihkan kepada rakyat di negeri Perak.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *