Kerajaan Perak prihatin, beri pengurangan kadar premium tanah kepada golongan miskin, OKU

Oleh Rosdalilah Zahari

IPOH – Kerajaan Negeri Perak akan memberi pengurangan kepada golongan miskin dan kurang berkemampuan yang berkelayakan daripada membayar kadar premium tanah yang tinggi.

Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad (BN-Kota Tampan) berkata di atas keprihatinan kerajaan negeri, satu pekeliling dikeluarkan oleh Pejabat Tanah dan Galian (PTG) Perak berhubung perkara tersebut.

“PTG telah mengeluarkan Pekeliling Pengarah Tanah Dan Galian Negeri Perak Bil. 3 tahun 2020 berkaitan dengan Dasar Permohonan Rayuan Pengurangan Premium kepada kepada pemohon individu yang benar-benar layak di bawah kategori miskin tegar atau Orang Kelainan Upaya (OKU).

“Melalui pekeliling tersebut pengurangan bayaran premium adalah berdasarkan syor oleh PTG untuk diputuskan Pihak Berkuasa Negeri,” katanya.

Beliau berkata demikian Ketika menjawab soalan lisan yang dikemukakan Ong Boon Piow (PH-Bercham) pada Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak Ke-15 di sini pada Rabu.

#PerakKini #MenteriBesarPerak #SidangDUNPerak #RBZ

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *