KUIH RM1 BANTU GOLONGAN B40
LAHAT – Kebanyakan peniaga makanan di bazar ramadan menaikan harga jualan mereka disebabkan kos bahan mentah yang meningkat.
Namun berbeza pula bagi Suhaiza Shamsudin, 42 tahun yang mengambil initiatif menjual kuih muih pada harga Rm1.
Menurut Suhaiza, dia menjual pada harga sedemikian bagi membantu mereka yang kurang berkemampuan.
“Memang daripada awal lagi memang niat saya nawaitu saya, saya nak bantu orang yang tak mampu sebenarnya, saya tak nak, saya tak mampu nak bantu banyak-banyak besar-besar untuk yang apa sedekah beribu-ribu ratus-ratus saya tak mampu tapi saya mampu sekadar yang mana yang ada. Berhampiran saya, itu yang saya mampu bantu. Itu memang niat saya dengan mak saya.
Menurut Suhaiza, daripada pengalamannya yang pernah hidup susah, dia memahami perasaan mereka yang tidak mampu membeli juadah berbuka.
Justeru dengan dorongan suami, Mohd. Zami, 30 tahun mereka membuka gerai menjual kuih muih tersebut.
Malah gerai kecilnya itu juga hanya dibinaa menggunakan kayu dan zink terpakai.
Ujar Suhaiza, dengan harga jualan hanya Rm1 itu juga pelanggan mempunyai lebih pilihan membeli juadah ramadan.
Setiap hari nya katanya, bermula pukul 10 pagi dibantu suami, ibu dan anak-anak dia akan mula menyediakan 38 jenis juadah untuk dijual.
Antara kuih muih yang dijual di gerai di kedai di Pengkalan Pegoh itu ialah ketayap, sagu gula melaka, lopes, cara berlauk, karipap serta aneka puding.
Sementara itu bagi pembeli, kuih muih yang dijual di gerai Suhaiza membantu mereka berjimat.
Dalam keadaan harga barang dan makanan yang naik harga ketika ini, harga kuih yang dijual hanya pada harga Rm1 itu sangat dicari mereka.
Menurut pembeli, Norashima Abd. Hamid, “Sangat membantulah lah lagi pun banyak kat bazar-bazar sekarang ni pun barang semua mahal-mahal kan so dia orang buat jual murah macam ni kira okey lah dapat dapat sikitlah urusan pembantu itu yang mana golongan yang tak kemampuan.
Manakala Jayakamal Pula berkata, kalau duly kuih boleh dibeli dengan harga 20sen dan boleh pilih pelbagai jenis kuih dalam satu belian.
Sekarang bagi beliau seolah macam dipaksa untuk membeli dengan Banyak pada satu jenis kuih belian. Dengan cara ini, beliau boleh membeli dengan pelbagai pilihan tanpa membazir, tambah beliau.