LAWATAN KERJA KE MEDAN KUKUH HUBUNGAN DUA HALA

MEDAN – Bagi mengukuhkan lagi hubungan dua hala, Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) telah mengadakan lawatan kerja ke Kota Medan Indonesia.

 

Lawatan yang diketuai oleh Dato’ Rumaizi Baharin @ Md Daud, Datuk Bandar Ipoh. Ia juga antara lain bertujuan untuk menyemai jalinan ukwah di atas status bandar persahabatan yang telah terjalin sekian lama.

 

Lawatan ini juga amat signifikan dengan tahun 2025 kerana Malaysia menjadi Pengerusi ASEAN Tahun 2025 dan MBI sebagai pengerusi salah satu Jawatankuasa di bawah IMT GT.

 

Program selama tiga hari, bermula 8 Januari ini telah diaturkan dengan pelbagai pengisian aktiviti menarik antaranya pertemuan bersama Bobby Nasution, Wali Kota Medan, lawatan ke pusat tumpuan pelancongan Medan seperti Istana Maimun, Masjid Raya Mashun dan Tanjong A Fie di Kota Medan.

 

Untuk maklumkan, hubungan bandar persahabatan antara bandar raya Ipoh dan Kota Medan ini telah diwujudkan sejak Ogos 2009.

 

Jalinan ini dibuat berdasarkan kesaksamaan dan kepentingan bersama selain mempromosi kesefahaman dan persahabatan antara rakyat Malaysia dan Indonesia serta memperluaskan lagi peluang dalam pelbagai bidang terutama sektor pelancongan, kesihatan dan digital.

 

Terdahulu antara program yang dilaksanakan terhadap kesinambungan bandar persahabatan ini dilakukan menerusi Program Pertukaran Pelajar Bandaraya Persahabatan Ipoh-Medan, Indonesia yang dilaksanakan sejak 2015.

 

Hubungan dua hala ini diharapkan dapat dikekalkan dan terus terpelihara demi pembangunan kedua-dua bandar.

 

📸 & ✒️ Majlis Bandaraya Ipoh

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *