LIDAH JIN HASILKAN PENDAPATAN LUMAYAN

Oleh Intan Efazila Md Yusop

BEHRANG: Seorang suri rumah tidak menyangka minatnya menanam pokok lidah jin atau lidah mertua secara suka-suka di depan rumah , kini memberi pulangan yang lumayan apabila keistemewaan pokok itu menjadi viral di media sosial.

Pokok lidah jin atau nama saintifiknya Sansevieria yang tergolong dalam tumbuhan berbunga dalam keluarga Ruscaceae ini mendapat perhatian orang ramai apabila dipercayai mampu menyerap karbon dioksida dan membebaskan gas oksigen iaitu udara yang segar terutama di dalam rumah.

Dian Farhana Daud, 34, berkata pokok lidah jin atau lidah mertua yang ditanam dalam pasu itu pada peringkat awalnya hanya untuk mengisi masa lapang sahaja pada waktu petang.

Surirumah, Dian Farhana Daud sedang memeriksa sebahagian pokok lidah jin atau lidah mertua yang menjadi viral di media sosial.
Surirumah, Dian Farhana Daud sedang memeriksa sebahagian pokok lidah jin atau lidah mertua yang menjadi viral di media sosial

 

Katanya, beliau tidak menyangka pokok lidah jin yang ditanam di dalam pasu di hadapan rumah yang sebelum ini tidak dipandang orang itu, kini menjadi pokok yang bernilai tinggi di pasaran.

” Jika dahulu, kalau orang mahu membeli hanya RM15 sahaja sepasu tetapi baru-baru ini ada yang sanggup membeli RM60 sepasu dan kini sudah mencecah kira-kira RM130 yang dijual secara online.

” Rakan saya memaklumkan , pokok lidah jin itu sesuai diletakkan di dalam rumah atau bilik kerana pokok itu dipercayai mampu menyerap habuk atau bahan toksik serta membebaskan udara yang segar,” katanya.

Beliau berkata demekian ketika ditemui di perkarangan rumahnya di Kampung Klant Halt ,dekat Behrang.

Pokok lidah jin ini mempunyai pohon yang kecil berair dengan daun yang kehijauan dan tingginya mampu mencecah kira-kira tiga meter jika dijaga dan dibaja dengan baik.

Dian Farhana berkata sejak viral tentang keistemewaan pokok lidah jin itu, beliau sering mendapat tempahan secara online daripada rakan di laman Facebook.

” Saya akan terus menanam pokok ini sebagai hobi pada masa lapang dan jika ada orang ramai yang mahu membelinya , maka saya akan jual pokok terbabit dengan harga berpatutan.

” Duit yang dapat daripada hasil jualan itu sekurangnya dapat menampung belanja dapur di samping menambah lagi bilangan pokok atau pasu serta baja supaya pokok itu hidup subur dan mampu memberi manafaat kepada saya sekeluarga,” katanya.

Katanya, menanam pokok lidah jin itu memang mudah dan senang dijaga serta mudah hidup jika disiram secara berkala.

Surirumah, Dian Farhana Daud sedang memeriksa sebahagian pokok lidah jin atau lidah mertua yang menjadi viral di media sosia

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *