LIONS CLUB of PERAK SILVER STATE HULUR BANTUAN KEPADA MANGSA BANJIR
3 Disember, IPOH – Banjir merupakan bencana alam yang sering melanda di negara ini, terutama semasa musim tengkujuh.
Ketika situasi banjir melanda, bukan sahaja hanya harta benda yang binasa tetapi juga melibatkan semangat dan harapan.
Namun dalam kegelapan itu cahaya kemanusiaan mula menyinar. Berbagai NGO dan sukarelawan segera bertindak, berlumba-lumba menghulurkan bantuan kepada mereka yang memerlukan.
Pada kejadian banjir yang baru berlaku disini, sebuah NGO iaitu Lions Club of Perak Silver State (LCPSS) yang diterajui oleh Pengurus Zon 14,Lions Club District 308-B2, Prof Dr. Richard Ng hadir menyampaikan bantuan segera bertempat di Jalan Dahlia, Kampung Tasek, Ipoh pada petang ini.
Richard berkata, “Ini adalah hari ke tiga saya sampai di sini semula sejak 1 disember untuk menyampaikan bantuan keperluan selain makanan dan membantu kerja-kerja pembersihan.
” Setelah perbincangan bersama Lions Club of Ipoh Evergreen dan Lions Club of Golden Lotus kami bersepakat meluluskan bantuan tilam dan bantal kepada keluarga yang terjejas akibat banjir”.
“Saya berharap dengan bantuan tilam dan bantal dapat membantu mangsa banjir tidur dengan selesa terutama kepada warga emas dan orang kurang upaya”, ujar beliau kepada pemberita.
Sementara itu, penduduk Kampung Tasek, Amirul Ikhwan Ahmad Zawal berkata, “Kejadian banjir bermula pada satu Disember yang lalu telah menyebabkan segala peralatan elektrik, perabot telah musnah.
” Ini disebabkan oleh benteng sungai yang telah pecah akibat arus sungai deras. Saya mewakili penduduk disini memohon agar pihak berwajib membaikinya dengan kadar segera”, ujar beliau ketika ditemubual.
Disediakan oleh Azizi Latif