MAJLIS APRESIASI MURID SK SERI KELEBANG 2024/2025 

CHEMOR – Majlis apresiasi sering dinantikan oleh para pelajar , guru serta ibu bapa pada setiap sesi akhir persekolahan.

 

Ia diadakan di peringkat sekolah bertujuan meraikan serta mengiktiraf kejayaan murid didalam bidang akademik, kokurikulum dan sahsiah.

 

Ini juga merupakan penghargaan ‘Instrinsik’ yang berperanan menyuburkan motivasi diri dan keinginan untuk terus berjaya didalam kalangan murid sekolah.

 

Majlis perasmian telah disempurnakan oleh Pegawai Khas Menteri Besar Perak, Dato’ Asmuni Awi diiringi Guru Besar Sekolah Kebangsaan Seri Kelebang, Ahmad Azhar Shaharudin serta Pengerusi PIBG SK Seri Kelebang bertempat di Dewan Dato’ Seri Husni Hanadzlah pada hari ini.

 

Sebanyak empat kategori anugerah khas telah disampaikan iaitu Tokoh Akademik , Tokoh Sahsiah , Tokoh Kokurikulum dan juga Tokoh Sukan kepada pelajar yang turut diiringi ibu bapa ke pentas utama.

 

Selain itu, Anugerah Pencapaian Terbaik Kelas Pemulihan tahap 1 dan tahap 2 serta Anugerah Kecemerlangan Mata Pelajaran tahap 1 dan tahap 2 turut disampaikan didalam majlis tersebut.

 

Majlis turut diserikan lagi dengan persembahan tarian kebudayaan daripada pelajar-pelajar sekolah.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *