MAJLIS PELANCARAN ECONILI KILANG KITAR SEMULA BATERI LITHIUM-ION YANG TERBESAR DI MALAYSIA.
IPOH – EcoNili Battery New Energy Sdn Bhd telah melancarkan kilang pertamanya di Malaysia bertempat di Kawasan Perindustrian Tasek, Ipoh Perak.
Majlis perasmian disempurnakan oleh Duli Yang Teramat Mulia, Raja Muda Perak, Raja Jaafar Ibni Almarhum Raja Muda Musa pada pagi ini.
Turut mengiringi Ketua Pegawai Eksekutif EcoNili, Jayden Goh, Orang Kaya-Kaya Panglima Kinta Bangsa DiRaja, Dato’ Ab. Wahab, Pegawai Daerah Kinta, Zulhisham Ahmad Shukori, Datuk Bandar Ipoh, Dato Rumaizi Baharin serta tetamu jemputan.
Menurut Jayden Goh, kilang yang dibina menelan kos hampir 50 juta ini dilengkapi dengan Loji Hidrometalurgi pertama di Malaysia bagi proses Pemulihan Sumber Logam Kritikal Bersepadu EcoNili.
Beliau amat berbesar hati dengan pelancaran kilang dan loji EcoNili terbesar dalam negara yang mampu memproses 24,000 tan bateri terpakai dalam tempoh setahun.
“Menggunakan proses kitaran bateri yang lestari dan tertutup bagi menjaga kelestarian alam sekitar, kita jangkakan sebanyak 12,000 tan ‘black mass’ iaitu logam mengandungi Lithium, Kobait, Nikel iaitu komponen penting bagi penghasilan bateri baharu”, katanya kepada pemberita.
Disediakan oleh Azizi Latif