MAJLIS PELANCARAN OUTLET AYAM PAK SHEIKH CAWANGAN MERU IPOH
IPOH, 3 OGOS – Ketua WHIP Ahli Majlis Bandaraya Ipoh, Clr Datuk Mazlan Abdul Rahman hadir merasmikan pelancaran restoran Ayam Pak Sheikh bertempat di Kompleks Perdagangan DWJ@Meru pada hari ini.
Turut mengiringi beliau adalah Pengarah Urusan Alha Enterprise, Nor Aini Kadir, Ketua Pegawai Operasi Ayam Pak Sheikh Sdn Bhd, Irni Shatira Md Dom, wakil Pertubuhan Baitul Mubaroh serta kehadiran 200 tetamu jemputan.
Menurut Ketua Pegawai Operasi Ayam Pak Sheikh Sdn Bhd, Irni Shatira berkata, ayam goreng ‘Pak Sheikh’ telah mula beroperasi pada tahun 2014 bermula dengan produk ayam gunting di jalanan sekitar Shah Alam, Selangor sehingga tahun 2017 sebelum memperkenalkan produk-produk lain.
“Atas permintaan ramai, kami telah memperkenalkan produk baru iaitu ‘ayam snack’ dengan rempah ratus terpilih dengan citarasa orang Malaysia yang kini sebanyak 12 cawangan telah beroperasi seluruh negara.
” Meru, Ipoh adalah cawangan yang ke-2 dinegeri Perak selain daripada Kuala Kangsar. Dengan ‘tag line Makan sampai naik syehhh’, pastinya pelanggan akan merasai keunikan ayam Pak Sheikh,” ujar beliau kepada pemberita.
Kehadiran pelakon dan pelawak terkenal negara, Ilya Buang Shaharum atau lebih dikenali sebagai Pak Ya Senario menambahkan lagi kemeriahan majlis pembukaan pada hari ini.
Disediakan oleh Azizi Latif