MAJLIS PENUTUP KEJOHANAN EDISI KE-2 MADANI TUG OF WAR CHAMPIONSHIP 2024
22 Disember, IPOH – Sebanyak 27 pasukan dari seluruh negara mengambil bahagian dalam kejohanan tarik tali 2nd Edition Madani Tug Of War Championship (MTOWC) bagi merebut kejuaraan bermula dari 20 sehingga 22 disember 2024 selama dua hari yang bermula pada sabtu.
Empat kategori telah dipertandingkan iaitu kategori lelaki awam (640 kilogram), kategori lelaki 6×6 tradisional, kategori wanita 4×4 (320 kilogram) dan kategori ‘looser pool’.
Majlis penutup kejohanan telah disempurnakan oleh Pegawai Khas Parlimen Tambun, Raja Azam Shah Raja Omar Ikram bertempat di Stadium Ragbi Perak, Ipoh pada petang semalam.
Turut mengiringi beliau Presiden Persatuan Tarik Tali Negeri Perak, Dato’ Azizul Kama Abdul Aziz serta dif-dif jemputan.
Azizul Kama berkata, ” Pada petang ini tamatlah sudah Kejohanan Edisi ke-2 MTOWC dan ribuan terima kasih kepada pasukan-pasukan yang telah menyertai kejohanan pada kali ini.
” Saya ingin memaklumkan ini adalah edisi yang ke-2, dimana edisi yang pertama pada tahun lepas lebih banyak penyertaan berbanding tahun ini dan ada kemungkinan disebabkan faktor cuaca, kekurangan masa dan sebagainya.
” Kita akan rencanakan pada edisi ke-3 akan lebih cemerlang, gemilang dan lebih lagi penyertaan dari seluruh negara”, ujar beliau kepada Perak Kini.
Juara kategori lelaki awam (640 kg) telah dinobatkan kepada pasukan SELFIRE (Bomba Selangor) setelah menumpaskan pasukan Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) ‘A’ sebagai naib johan didalam perlawanan akhir. Juara membawa pulang wang tunai RM2000 berserta Piala Pusingan, Piala Iringan dan juga medal.
Bagi kategori lelaki 6×6 tradisional, pasukan Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) menjadi johan setelah menumpaskan pasukan BOGENVILLA (PDRM) sebagai naib johan.
Bagi kategori wanita 4×4 (320 kg) pasukan Silver Cops (PDRM PERAK) ‘A’ unggul sebagai johan setelah menumpaskan pasukan Sugar Glider Blue (PDRM BUKIT AMAN) pada perlawanan akhir.
Untuk kategori ‘looser pool’ johan pertandingan telah dinobatkan kepada pasukan Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) ‘B’ setelah berjaya menumpaskan pasukan Bomba Kedah.
Disediakan oleh Azizi Latif