MAJLIS SUAI KENAL CALON-CALON AHLI MAJLIS PIMPINAN TERTINGGI DAN EXCO BERSATU PERAK

17 OKTOBER, CHEMOR – Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) telah mengadakan majlis suai kenal calon-calon yang bertanding sebagai Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi (AMPT), Exco Srikandi Malaysia, Ketua Srikandi Muda Malaysia dan Exco Armada Malaysia dari negeri Perak.

 

Majlis tersebut telah dirasmikan oleh Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Muhammad Yassin bersama kepimpinan tertinggi Bersatu bertempat di Dewan Mahligai Harmoni, Chemor pada malam semalam.

 

Badan Pimpinan Bersatu Perak telah memperkenalkan calon-calon yang layak bertanding daripada negeri Perak iaitu satu calon sebagai Naib Presiden Bersatu, sembilan calon AMPT, empat calon Exco Srikandi Malaysia, satu calon Exco Srikandi Muda Malaysia dan lima calon Exco Armada Malaysia.

 

Menjadi tumpuan adalah enam calon yang akan bersaing merebut tiga jawatan Naib Presiden Bersatu pada pemilihan parti itu bulan hadapan.

 

Dua penyandang iaitu Ahli Parlimen Beluran, Ronald Kiendee dan Ahli Parlimen Putrajaya, Radzi Jidin dalam misi mempertahankan jawatan mereka, manakala Timbalan Presiden, Ahmad Faizal Azumu akan bersaing dalam jawatan tersebut.

 

Tiga lagi calon yang turut bersaing dalam pertandingan jawatan Naib Presiden adalah A’ziss Zainal Abidin, Datuk Razali Idris dan Mohd Rafiq Abdullah.

 

Disediakan oleh Azizi Latif

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *