MAPIM GESA RAKYAT MALAYSIA BERSAMA SAMA MEMBUAT KORBAN RAYA BUAT RAKYAT PALESTINE YG SEDANG KEBULURAN.
Umat islam yang berhasrat melakukan ibadah korban di luar negara sempena aidiladha disaran untuk membuat ibadah tersebut untuk rakyat Palestin.
Pengerusi Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM) Mohd Azmi Abdul Hamid berkata, selain jumlah kematian yang meningkat lebih 37,000 akibat serangan berterusan Israel, penduduk Palestin kini turut berdepan masalah kebuluran yang serius.
“Kesempatan raya korban ini dapat kita adakan bersama. Tapi dalam masa yang sama juga kami sedang menyeru kepada semua umat islam kali ini kerana ada kesempatan. Kita berkorban berikan perhatian lebih banyak kepada Gaza kerana mereka berhadapan dengan kebuluran. Bukan takat daging korban. Itu hanya sebahagian tapi kebuluran sedang sangat nyata. Jadi kami menyeru sebagai umat Islam beri perhatian kepada Gaza khususnya yang lebih tinggi untuk hari raya korban kali ini , jelas beliau.
Menurut Mohd Azmi , dalam situasi terkini tidak ada seekor haiwan yang tinggal di negara terbabit yang boleh dilakuan untuk korban.
Justeru ujar beliau, MAPIM sedang dalam usaha menguruskan ibadah korban di Mesir untuk membawa masuk daging kepada penduduk Palestin.
Ujar beliau, bagi tujuan itu MAPIM membuka peluang kepada orang ramai untuk melalukan ibadah korban tersebut.
Dalam perkembangan lain Mohd Azmi berkata, MAPIM akan menganjurkan muktamar masjid seMalaysia untuk pertahankan Al Aqsa pembebasan Palestin pada 21 ogos ini.
Katanya, muktamar terbabit dijangka dirasmikan oleh Sultan Perak, Sultan Nazrin Shah yang juga Pengerusi Majlis Kebangsaan bagi hal ehwal agama Islam Malaysia (MKI).
Menjelas lanjut katanya, muktamar masjid seMalaysia itu bertujuan mengingati peristiwa zionis membakar Masjid Al Aqsa pada 21 ogos 1969 dan diganti dengan kuil Yahudi.
Menurut beliau, dengan kesan peristiwa hitam itu, muktamar akan memperkasa masjid untuk menyatakan solidariti perjuangan pembebasan Al Aqsa dan Palestin.
Pada masa yang sama katanya, ia dapat membina jaringan masjid untuk mengembleng masyarakat terlibat dalam kempen serta fokus kepada isu bebas Palestin.
Mohd Azmi berkata demikian kepada pemberita pada Konvensyen Cinta Al Quran di Masjid Negeri di Ipoh hari ini.
Disediakan oleh Mynn Hamid