MBI PERLUAS RANGKAIAN KOMUNIKASI DAN PROMOSI KE PERINGKAT ANTARABANGSA
MEDAN – Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) melakar sejarah apabila menjadi Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) pertama memperluas rangkaian komunikasi dan promosi dalam siaran radio ke peringkat antarabangsa.
Ia apabila satu Memorandum Persefahaman (MOU), antara Radiotv Bandar Raya Ipoh (RTBI) dan Radio Universitas Muhammadiyah Sumatera Utara (UMSU) 91.6 Fm, telah dimeterai petang tadi.
Menurut Dato’ Rumaizi Bin Baharin@Md Daud, inisiatif ini sebagai salah satu strategik bagi memantapkan lagi peranan saluran radio RTBI dan UMSU Fm 91.6.
Selain itu juga kerjasama ini juga merupakan kesinambungan status bandar persahabatan antara bandar raya Ipoh dan Kota Medan sejak 2009.
Majlis menandatangani MOU ini telah disempurnakan oleh Rektor UMSU Profesor Dr Agussani, M.AP, mewakili UMSU dan Dato’ Rumaizi mewakili MBI dan RTBI pada majlis yang diadakan sempena Lawatan Kerja MBI di Medan Indonesia.
Hadir sama pada program berkenaan, Shahril Nizam Abdul Malek, Konsul Jeneral Malaysia di Medan.
Terdahulu Datuk Bandar Ipoh, turut dijemput pada sesi temubual di Konti Radio UMSU FM 91.6, bersama wakil Rektor 3 UMSU iaitu Assoc Profesor Dr Rudianto S.SOS. M.SI.
Semoga MOU ini akan meningkatkan lagi hubungan MBI dan UMSU demi kemajuan bandar raya Ipoh dan Kota Medan.
📸 & ✒️ Majlis Bandaraya Ipoh