OPERASI KHAS KENDERAAN PERDAGANGAN SEBANYAK 69,379 KENDERAAN DIAMBIL TINDAKAN

4 Oktober, MANJUNG – Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Malaysia bersama Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) berkolaborasi menjalankan operasi khas sepanjang sebulan.

 

Pengarah Kanan Penguatkuasaan JPJ Malaysia, Muhammad Kifli Ma Hassan diiringi Pengarah JPJ Perak, Mohammad Yusoff Abustan hadir pada sidang media yang diadakan di Manjung pada petang ini.

 

Didalam sidang media tersebut, Muhammad Kifli menyatakan JPJ Malaysia telah memeriksa 526,215 kenderaan perdagangan dan sebanyak 69,379 kenderaan telah diambil tindakan atas pelbagai kesalahan sepanjang sebulan Operasi Khas Kenderaan Perdagangan bermula pada 1 Oktober sehingga 30 Oktober 2024 seluruh negara.

 

Berdasarkan kepada operasi yang telah dilaksanakan dalam tempoh sebulan, pihak JPJ telah berkerjasama dengan AADK mengadakan saringan ujian urin ke atas pemandu kenderaan perdagangan.

 

Hasil daripada pemeriksaan tersebut sebanyak 1, 713 pemandu telah disaring dan mendapati 79 pemandu ( lingkungan umur 22 hingga 55 tahun ) telah positif dadah.

 

Pihak JPJ sentiasa komited dalam memastikan keselamatan semua pengguna jalan raya dan sedaya upaya meminimumkan kadar kemalangan serta kematian akibat nahas jalan raya yang melibatkan kenderaan perdagangan.

 

Pengguna jalan raya diseru untuk melaporkan aduan berkaitan kesalahan lalu-lintas secara terus menggunakan Aplikasi MyJPJ:e- Aduan@JPJ atau emel aduantrafik@jpj.gov.my beserta dengan butiran lengkap aduan.

 

Disediakan oleh Azizi Latif

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *