OPERASI PEMERIKSAAN PREMIS KILANG / GUDANG MAKANAN DI KAWASAN MAJLIS BANDARAYA IPOH

IPOH – Unit Keselamatan dan Kualiti Makanan, Jabatan Kesihatan Persekitaran, Majlis Bandaraya Ipoh telah menjalankan Operasi Pemeriksaan Premis Kilang / Gudang Makanan bagi siri ke 1/2025 di bawah Undang-Undang Kecil Pelesenan Establisymen Makanan (Majlis Bandaraya Ipoh) 2017, Akta Makanan 1983 dan Peraturan-Peraturan Makanan 1985 sekitar kawasan pentadbiran Majlis Bandaraya Ipoh Selasa ini.

 

Objektif operasi ini adalah untuk meningkatkan kesedaran mengenai kepentingan kebersihan persekitaran premis kilang dan gudang makanan bagi menjamin kebersihan dan keselamatan makanan serta mengawasi keselamatan produk makanan yang dijual di pasaran terutamanya pada musim perayaan supaya pengilang lebih prihatin dan peka tentang pematuhan syarat-syarat pelesenan bagi menjamin keselamatan dan kualiti makanan yang dihasilkan.

 

Modus Operandi operasi ini adalah tertumpu kepada pematuhan syarat-syarat pelesenan dibawah Undang-Undang Kecil Pelesenan Establisymen Makanan (Majlis Bandaraya Ipoh) 2017, yang meliputi pemeriksaan Sijil Latihan Pengendali Makanan dan Suntikan Typhoid.

 

Sebanyak 8 buah premis kilang / gudang makanan telah diperiksa, daripada pemeriksaan tersebut terdapat 5 premis telah mematuhi syarat-syarat pelesenan PBT, sebanyak 2 surat amaran beserta 3 tawaran kompaun telah dikeluarkan dengan jumlah keseluruhannya bernilai RM 2,250.00.

 

Antara kesalahan yang dikenalpasti semasa operasi ini dijalankan adalah premis gagal mematuhi kawalan serangga perosak (Pest Control), gagal mengemukakan Sijil Latihan Pengendali Makanan (SLPM) dan Kad Suntikan Typhoid.

 

Adalah menjadi harapan Majlis agar masyarakat sentiasa peka khususnya kepada pemilik perniagaan (Pelesen) untuk sentiasa prihatin terhadap kebersihan premis kilang / gudang makanan bagi menjamin kebersihan dan keselamatan produk makanan yang dihasilkan.

 

πŸ“Έβœ’οΈ Majlis Bandaraya Ipoh

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *