OPS BERSEPADU PDRM AADK BERJAYA
Ipoh – Polis DiRaja Malaysia (PDRM) dengan Agensi Dadah Kebangsaan ( AADK ) Negeri Perak menjalankan Operasi Bersepadu Samseng Jalanan melibatkan 45 orang pegawai dan anggota PDRM, 19 anggota sukarelawan polis dan 8 orang pegawai dan anggota AADK Negeri Perak.
Sebanyak 143 buah motosikal dan 178 orang berumur di antara 15 dan 34 tahun telah diperiksa.
Sebahagian besar individu yang diperiksa adalah merupakan pelajar sekolah menengah dan pelajar institusi awam dan swasta.
Hasil pemeriksaan, sebanyak 19 buah motosikal telah disita atas kesalahan di bawah Seksyen 64(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ ) 1987 [ Akta 333] manakala seramai 4 orang individu turut ditangkap atas kesalahan menunggang motosikal secara melulu dan merbahaya di bawah Seksyen 42(1) APJ 1987.
Sebanyak 302 saman trafik telah dikeluarkan atas pelbagai kesalahan.
Terdahulu PDRM bersama AADK Negeri Perak berjaya membuat tangkapan ke atas 5 orang individu kerana didapati positif dadah jenis Methamphetamine di bawah Seksyen 3(1) Akta Penagih Dadah ( Rawatan dan Pemulihan) 1983 ( Pindaan 1998 ).