PENGAMAL MEDIA BUAT LAPORAN POLIS PIHAK HINA NABI

Bagan Serai: Seorang pengamal media membuat satu laporan polis bagi mengesa pihak berkuasa mengambil tindakan tegas terhadap pemilik akaun facebook Ainon Mohd kerana telah melakukan penghinaan terhadap Nabi Muhammad SAW.

Wat Kamal Abas, 52, berkata, laporan polis itu dibuat bagi menjunjung titah Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah agar umat Islam bangkit bersama-sama mempertahankan dan melindungi kesucian agama agar tidak sewenang-wenangnya diperlekehkan.

“Sebagaimana ucapan titah Sultan Pahang baru -baru ini yang menyatakan bahawa tidak boleh berdiam diri sekiranya agama islam di hina, maka berdasarkan ucapan titah itu saya selaku rakyat dan juga pengamal media menjunjung tinggi saranan titah tuanku itu dan mengambil keputusan membuat satu laporan polis terhadap pemuat naik posting itu.

“Saya berharap agar pihak polis dapat menangkap dan mendakwanya ke Mahkamah dibawah pertuduhan Seksyen 298A dibawah Enakmen Agama dan juga Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1988 iaitu penggunaan rangkaian secara tidak wajar.” katanya

Menurut Wat Kamal, laporan polis tersebut susulan dimuat naik oleh Ainon Mohd pada 15 Mac kira -kira 5.03 pagi dengan niat yang jelas untuk membina satu naratif menghina nabi Muhammad secara halus dalam bentuk penulisannya.

Justeru katanya, tindakan ke atas pemilik akaun facebook itu perlu diambil segera kerana ia mampu mencetuskan kegusaran dan ketidakharmonian dalam kalangan rakyat Malaysia.

“Pelaku -pelaku sebegini tidak boleh dibiarkan begitu sahaja,jika ianya tidak diambil tindakan undang -undang sebagai satu teladan umum maka akan lebih ramai lagi yang mungkin mengambil kesempatan untuk menghina agama islam pada masa akan datang.

“Saya juga menyeru kepada orang ramai agar dapat membuat laporan polis ke atas mana -mana individu tanpa mengira kaum dan juga kedudukan yang melakukan penghinaan ke atas agama Islam, penghinaan kepada nabi dan juga Allah SWT atau menghina apa juga bentuk tentang agama,bangsa dan tanahair,” katanya.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *