PERSATUAN VETERAN TLDM CAWANGAN NEGERI PERAK ANJUR KARNIVAL USAHAWAN 2024

21 Disember, MANJUNG – Karnival usahawan yang julung kali diadakan oleh Persatuan Veteran Tentera Laut Diraja Malaysia (PVTLDM) telah berlansung dengan jayanya didalam suasana yang meriah.

 

Daerah Manjung mempunyai keunikan tersendiri dimana salah satunya mempunyai pangkalan TLDM serta memiliki paling ramai komuniti perbandaran yang terdiri daripada anggota TLDM untuk bermastautin disini walaupun telah bersara.

 

Matlamat utama PVTLDM adalah memperkasakan veteran melalui kebajikan, kerjaya dan juga didalam bidang keusahawanan.

 

Majlis perasmian karnival usahawan telah disempurnakan oleh Ahli Parlimen Lumut, YB Komander(B) Nordin Ahmad Ismail bertempat di Dewan Pegawai Daerah Manjung pada pagi ini.

 

Turut mengiringi beliau adalah Pengerusi Program Karnival, Lt. Komander Aziz Ahmad TLDM(B) serta ahli PVTLDM dan kehadiran pengunjung yang hadir.

 

Aziz Ahmad berkata, “Ini adalah inisiatif yang saya turut terlibat didalam karnival kali ini.

 

” Sebanyak 42 gerai jualan terdiri daripada pelbagai gerai terlibat diantaranya terdapat jualan, pameran dan juga agensi kerajaan untuk membantu veteran yang telah bersara.

 

“Saya berharap supaya veteran yang telah bersara dari TLDM supaya berdaftar dengan persatuan supaya kami mendapatkan statistik didalam negeri Perak”, ujar beliau kepada Perak Kini.

 

Salah seorang veteran TLDM, Fahkrul Azman Ismail berkata,”Saya menjalankan perniagaan nasi lemak namun tidak menjangkakan ‘Nasi lemak sanggul bunian’ telah menjadi viral dimedia sosial.

 

” Apa yang menjadi keunikan adalah saya menggunakan daun simpuh sebagai pembalut nasi lemak yang jarang digunakan zaman sekarang”, ujar beliau.

 

Turut memeriahkan suasana karnival iaitu jualan ‘Rahmah Madani’ yang turut diadakan selain senamrobik, pertandingan mewarna, cabutan bertuah serta pertandingan sukan rakyat yang turut disertai oleh pengunjung yang hadir.

 

 

Disediakan oleh Azizi Latif

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *