PERTANDINGAN BOLA SEPAK JEMPUTAN ANTARABANGSA (U-12) MALAYSIA – CHINA 2024
10 Disember, IPOH – Lapan buah pasukan termasuk dua pasukan daripada wilayah Hainan, China akan mempamerkan aksi di dalam pertandingan bola sepak jemputan antarabangsa bawah 12 tahun Malaysia – China yang akan berlansung pada 21 sehingga 22 Disember 2024.
Padang Perak Chinese Recreation Club (PCRC), Ipoh telah dipilih menjadi medan pertembungan diantara semua lapan pasukan yang akan berentap.
Majlis undian pasukan bertanding telah disempurnakan oleh Pengarah Teknikal Perak FC, Raja Azlan Shah Raja So’ib bertempat di Tingkat 2,Menara SSI, Ipoh kelmarin.
Turut mengiringi beliau adalah Presiden PCRC, Khan See Onn selaku penaja bersama serta pengurus-pengurus pasukan yang bertanding.
Raja Azlan Shah berkata, “Pertandingan yang dianjurkan adalah bersempena dengan sambutan 50 tahun hubungan diplomatik Malaysia dan China serta sempena Tahun Melawat Perak 2024.
” Pertandingan anjuran bersama PCRC dan Perak FC ini, bertujuan memberi pendedahan kepada pemain cilik terutama pasukan tempatan supaya dapat bersaing dengan bakat-bakat hebat dari luar negara”, ujar beliau ketika sidang media.
Sebanyak 6 pasukan tempatan iaitu Perak FC Academy, PCRC ‘A’, PCRC ‘B’, D. I. A Kicker’s , ATM Gladiators , Ipoh Fridays Club serta 2 pasukan antarabangsa iaitu Hainan Deneng FC dan Hainan Zhonghai FC bakal mempamerkan aksi yg terbaik.
Disediakan oleh Azizi Latif