PJQM TURUT MENJAYAKAN KARNIVAL HARI USAHAWAN VETERAN TLDM 2024
22 Disember, MANJUNG – PJQM ataupun lebih dikenali sebagai Pusat Jagaan Qaseh Murni yang turut disertai oleh 2 pakar perubatan, 3 paramedik serta 3 pembantu terlatih menyediakan khidmat penjagaan khas kepada insan tersayang.
Pusat jagaan swasta yang terletak diantara Lumut dan Seri Manjung ini,menyediakan perkhidmatan penjagaan khususnya kepada warga emas serta pesakit terlantar yang telah diusahakan oleh seorang bekas veteran tentera.
Majlis karnival hari usahawan veteran TLDM telah disempurnakan oleh Ahli Parlimen Lumut, YB Komander(B) Nordin Ahmad Ismail yang turut diiringi Pengerusi Program Karnival, Lt. Komander (B) Aziz Ahmad serta Pusat Jagaan Qaseh Murni, Brigediar Jeneral Dr. Mohd Shah Mat Isa bertempat di Dewan Pegawai Daerah Manjung pada pagi sabtu yang lepas.
Nordin Ahmad Ismail berkata,”Saya mengucapkan tahniah kepada Persatuan Veteran TLDM Cawangan Perak kerana berjaya mengadakan karnival usahawan veteran.
” Berbagai persiapan diadakan seperti kaunter yang dibuka oleh agensi kerajaan dan ini secara tidak lansung memberi pendedahan atau apa jua bentuk bantuan yang agensi boleh laksanakan,” ujar beliau kepada pemberita.
Pemilik PJQM yang juga seorang usahawan veteran, Dr. Mohd Shah Mat Isa berkata,” Hari karnival usahawan veteran TLDM secara tidak lansung dapat memperkenalkan produk yang disediakan.
“Disamping itu kita dapat menjalinkan hubungan seperti pihak bank atau agensi kerajaan untuk mendapatkan pertambahan suntikan modal,” ujar beliau ketika ditemubual.
Selain itu ‘Karnival Hari Usahawan Veteran TLDM’ turut menyediakan 42 gerai jualan termasuk kaunter agensi-agensi kerajaan dan swasta, pemeriksaan kesihatan secara percuma dan juga kaunter khas untuk pendaftaran ahli veteran TLDM.
Majlis karnival turut dimeriahkan lagi dengan pelbagai pertandingan serta sukan rakyat dan cabutan bertuah untuk para pengunjung yang hadir.
Disediakan oleh Azizi Latif