PM timang cucu ke-12

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menimang seorang cucu perempuan, hari ini. - Foto Facebook Anwar Ibrahim
Oleh Rosdalilah Zahari
PERDANA Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menimang seorang cucu perempuan, pada Rabu.
Perkhabaran gembira itu dikongsikan Anwar menerusi hantaran di Facebook.
“Alhamdulillah!.
“Hadiah Ramadan. Nurul Isra Mitsuki, anakanda (Nurul) Ilham dan Luqman Watanabe. Cucunda saya dan (isteri Datuk Seri Dr Wan) Azizah (Wan Ismail) yang ke-12. Bertambah meriah raya kali ini,” katanya.
Nurul Ilham adalah anak keempat daripada enam adik beradik telah berkahwin dengan Mitsuru Luqman Watanabe pada Disember 2018.
#PerakKini #PM10 #timangcucu #RBZ
