PROGRAM SESI PENGENALAN AHLI MAJLIS BANDARAYA IPOH BERSAMA PENDUDUK DESA LANG INDAH.

8 JUN 2024, IPOH – Ahli Majlis Bandaraya Ipoh, Clr Hamzah Dato’ Hamdan hadir menyantuni penduduk Desa Lang bertempat di Kuarters KTMB, Desa Lang Indah pada pagi ini.

 

Turut mengiringi beliau adalah Pengurus Seksyen Ipoh Puncak Emas Infra Sdn Bhd, Mohammad Azham Azmi, Pengerusi KRT Desa Lang, Azman Arshad serta ahli jawatankuasa penduduk dan para penduduk Desa Lang.

 

Menurut Clr Hamzah Hamdan , “Beberapa aduan penduduk Desa Lang ketika sesi soal jawab akan diambil tindakan dengan kadar segera terutama melibatkan aduan jalan berlubang dan lampu jalan tidak berfungsi di waktu malam kerana ini melibatkan keselamatan dan nyawa penduduk”, ujar beliau kepada pemberita.

 

Beliau juga turut meluangkan masa meninjau Surau Kuarters KTMB yang sedia ada untuk proses penambahbaikan serta menyampaikan sumbangan sempena pelancaran tabung pembinaan Masjid Riyadhus Solihin Desa Lang Indah.

 

Disediakan oleh Azizi Latif

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *