SKIM USAHAWAN BANGKIT DI PARLIMEN BUKIT GANTANG

TAIPING – Seramai 448 usahawan didalam Parlimen Bukit Gantang hadir sempena program Skim Usahawan Bangkit bertempat di Pusat Khidmat Bukit Gantang, Kampung Benggali pada hari ini.

 

Program tersebut telah dirasmikan oleh Dato’ Syed Abu Hussin, Ahli Parlimen Bukit Gantang serta diiringi wakil jabatan daripada Sektariat Usahawan Perak (STeP), TEKUN Nasional, Suruhanjaya Koperasi Malaysia ( SKM ) serta Bank Simpanan Nasional (BSN).

 

Menurut Syed Hussin , program ini bertujuan membantu golongan usahawan-usahawan kecil menjana pendapatan, meningkatkan ekonomi, membantu mengatasi cengkaman ‘Along’ serta memberikan pinjaman mengikut syarat ditetapkan.

 

“Pada pagi ini kita dapat melihat begitu banyak usahawan hadir bagi mengikuti program dimana kita mempermudahkan didalam urusan pinjaman bersama agensi.

 

” Antara inisiatif yang turut diberikan adalah membantu memasarkan produk Bukit Gantang,membantu menambah peralatan,bantuan kewangan serta menjadi penasihat perniagaan,” ujarnya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *