10 gerai diarah tutup kerana berniaga berhampiran tapak bazar Ramadan

Oleh Rosdalilah Zahari

IPOH – Sepuluh gerai diarah tutup oleh Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) kerana berniaga berhampiran sebuah tapak bazar Ramadan di sini.

Datuk Bandar Ipoh, Datuk Rumaizi Baharin @ Md Daud berkata peniaga gerai terbabit diberikan nasihat terlebih dahulu sebelum diarahkan tutup kerana meniaga berhampiran kawasan bazar Ramadan tanpa berbincang dengan pihak penganjur.

“Jadi, kita mengarahkan peniaga terbabit untuk menutup gerai mereka dan meminta mereka berbincang dengan penganjur untuk membayar tapak bazar berkenaan,” katanya.

Dalam pada itu, Rumaizi berkata seorang peniaga turut dikenakan denda (kompaun) sebanyak RM250 atas kesalahan berniaga tanpa lesen.

“Rondaan penguatkuasaan akan diteruskan dari semasa ke semasa.

“Selain itu, kebersihan, keselamatan dan kualiti makanan yang dijual di semua bazar Ramadan yang diluluskan oleh MBI akan dipantau secara berterusan oleh Jabatan Kesihatan Persekitaran MBI,” jelasnya.

Justeru, beliau menasihatkan orang ramai dinasihatkan untuk mengunjungi lokasi bazar Ramadan yang diluluskan oleh MBI agar juadah berbuka puasa yang dibeli adalah selamat untuk dimakan.

#PerakKini #bazarRamadan #diarah #tutup #tidakbayartapak #RBZ

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *