MAJLIS SAMBUTAN HARI RAYA AIDILFITRI BERSAMA KPDN PERAK 2025

IPOH – Majlis sambutan Hari Raya Aidilfitri bersama Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup Negeri Perak (KPDN) dan rakan strategik KPDN Perak 2025 telah berlansung meriah dengan kehadiran rakan – rakan agensi, anggota cawangan serta pegawai – pegawai penguat kuasa KPDN Perak.

 

Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri diserikan dengan kehadiran Pengarah KPDN Perak, Dato’ Kamalludin Ismail bertempat di Dewan Kenanga, Banggunan Persekutuan pada pagi semalam.

 

Kamalludin berkata, majlis sambutan hari raya pada hari ini bagi meraikan rakan-rakan agensi, rakan media, anggota KPDN Perak serta sambutan Hari Penguat Kuasa KPDN yang ke-53 dengan slogan ‘Komited Mendepani Cabaran’.

 

“Bermula dari Januari 2025 sehingga ke hari ini, KPDN Perak telah melaksanakan 37,147 pemeriksaan di premis dengan hasil sebanyak 503 kes melibatkan nilai rampasan RM1.004 juta serta kompaun berjumlah 297,690 dengan denda sebanyak RM125,500 sehingga ke hari ini “.

 

Beliau menambah, “Sebanyak 602 program Jualan Rahmah telah dilaksanakan dengan minimun manafaat sebanyak RM 724,180 menunjukkan sambutan luar biasa daripada golongan pendapatan rendah dapat disalurkan kepada golongan yang memerlukan,” ujar beliau kepada Perak Kini.

 

Turut diraikan didalam majlis tersebut adalah anugerah cemerlang kepada penguat kuasa KPDN serta sijil penghargaan kepada rakan-rakan strategik.

 

Majlis turut diserikan lagi dengan persembahan nyanyian anggota KPDN serta pelbagai makanan dan minuman yang disediakan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *