31,092 kad sim RM5 sebulan terjual – Fahmi

Facebook Fahmi Fadzil

Oleh Rosdalilah Zahari

KUALA LUMPUR – Sejumlah 31,092 kad sim berharga RM5 sebulan yang ditawarkan melalui Pakej Perpaduan Prabayar Internet Mudah Alih berjaya dijual sejak dilancarkan pada 28 Februari lalu.

Menteri Komunikasi dan Digital Fahmi Fadzil memaklumkan perkara tersebut melalui satu hantaran ringkas di laman Facebooknya lewat mal tadi.

“Semoga inisiatif ini mampu bantu kurangkan beban golongan rentan untuk dapatkan akses internet dengan harga yang murah,” katanya.

Pakej yang dilancarkan pada 28 Februari lalu itu bertujuan untuk memudahkan golongan rentan seperti kumpulan B40, veteran, orang kurang upaya dan warga emas mendapatkan akses internet, sekali gus merapatkan jurang digital antara rakyat Malaysia.

Lima syarikat penyedia perkhidmatan telekomunikasi yang terbabit adalah CelcomDigi, Maxis, UMobile, Telekom Malaysia serta YTL Communications.

Orang ramai yang berminat boleh mendapatkan maklumat mengenainya di laman web penyedia perkhidmatan masing-masing.

#PerakKini #KKD #pakejinternetprabayar #RM5 #RBZ

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *