MBI agih 3,462 tong sampah percuma serentak di tujuh lokasi

Oleh Rosdalilah Zahari

IPOH – Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) mengagihkan 3,462 unit tong sampah (120 liter) secara percuma serentak di tujuh kawasan sekitar bandar raya ini.

MBI dalam satu kenyataan memaklumkan, pemberian tong sampah percuma itu dilakukan Ahli-ahli Majlis di Zon masing-masing melalui Program Pembudayaan Amalan Penggunaan Tong Sampah di Kalangan Warga Ipoh.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan Jabatan Perkhidmatan Perbandaran itu, sebanyak 12 pasukan serahan tong dengan kekuatan anggota seramai 115 orang dan penggunaan 12 unit lori terbuka m dikerahkan dari Jabatan Perkhidmatan Perbandaran bagi melaksanakan penyerahan itu yang diadakan pada hari ini dan esok.

“Lokasi yang terlibat adalah di Taman Temara (532 unit rumah), Taman Chandan Desa (749 unit rumah), Taman Sri Perkasa (434 unit rumah), Taman Bercham Aman (369 unit rumah), Taman Semarak/Taman Wangi (244 unit rumah) dan Taman Chepor Damai (323 unit rumah),” kata kenyataan itu.

Sementara itu, Ketua Whip Ahli Majlis MBI, Datuk Mazlan Abd Rahman akan mengagihkan sebanyak 820 tong sampah di Taman Chemor Mesra dan Seri Desa pada 29 dan 30 Ogos ini.

“Sehubungan itu, amalan penggunaan tong sampah perlu dijadikan budaya dalam kalangan warga bandar ini demi meningkatkan kualiti persekitaran sepertimana matlamat yang disasarkan MBI,” ujarnya.

#PerakKini #MBI #tongsampah #percuma #Ipoh

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *