6,000 pengunjung Bazar Ramadan Rahmah @ People’s Park berpeluang terima tambahan nilai e-wallet RM20

Oleh Rosdalilah Zahari

IPOH – Seramai 6,000 pengunjung Bazar Ramadan Rahmah @ People’s Park berpeluang menerima tambahan nilai e-wallet RM20 setiap seorang sempena bulan mulia ini.

Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) dalam satu kenyataan malam ini memaklumkan bagaimanapun tambahan nilai e-wallet itu terhad kepada 600 pengunjung pertama untuk 10 hari terpilih sahaja.

Menurut kenyataan itu, pengunjung bazar tersebut turut berpeluang berbuka puasa bersama seisi keluarga (ala piknik) di mana tikar disediakan secara siapa cepat, dia dapat.

“Waktu operasi bazar ini adalah dari jam 3.00 petang hingga 7.30 petang sepanjang bulan Ramadan,” jelas kenyataan itu.

Bazar Ramadan Rahmah @ Peoples Park adalah satu inisiatif Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Dan Kos Sara Hidup (KPDN) untuk membantu rakyat bagi mengurangkan kos sara hidup dengan lebih berkesan, konsisten dan bersasar.

Program ini dilaksanakan dengan kerjasama MBI, KPDN Perak dan Peoples Park Sdn Bhd (Chang Jiang Coffee).

MBI telah memberikan kelulusan kepada 20 peniaga untuk menjalankan perniagaan mereka di bazar ini.

#PerakKini #MBI #KPDN #BazarRamadanRahmah #PeoplesPark #RBZ

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *