“Itu mahkamah…biarlah” – Ahmad Zahid

Oleh Rosdalilah Zahari

IPOH – “Itu (keputusan) mahkamah, biarlah, biarlah…” kata Presiden UMNO Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.

Beliau hanya menjawab secara ringkas dan enggan mengulas lanjut ketika ditanya pihak media berhubung keputusan Mahkamah Persekutuan membabitkan Datuk Seri Najib Razak hari ini.

Ahmad Zahid berkata demikian sewaktu sidang media di Majlis Santunan Kasih Ramadan di Sekolah Izzuddin Shah, di sini pada Jumaat.

Hari ini, Mahkamah Persekutuan dalam keputusan majoriti 4-1 menolak permohonan Najib untuk menyemak semula sabitan dan hukuman penjara 12 tahun serta denda kerana menyeleweng RM42 juta dana SRC International Sdn Bhd.

#PerakKini #keputusan #MahkamahPersekutuan #NajibRazak #RBZ

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *