Lelaki tabur paku ditahan

Oleh Rosdalilah Zahari

IPOH – Seorang lelaki ditahan polis awal pagi tadi kerana dipercayai terbabit dalam kejadian menabur paku di Jalan Ipoh – Lumut dekat Pusing, Batu Gajah yang tular di media sosial semalam.

Ketua Polis Daerah Batu Gajah, Asisten Komisioner Mohamad Roy Suhaimi Sarif berkata suspek berusia 45 tahun itu ditangkap di sekitar kawasan Changkat Larang, Lahat kira-kira jam 3 pagi tadi.

Menurutnya, ujian air kencing suspek juga didapati positif dadah jenis methamphetamine.

“Semakan mendapati suspek mempunyai satu rekod jenayah narkotik.

“Suspek ditahan reman selama empat hari mulai hari ini dan kes disiasat mengikut Seksyen 427 Kanun Keseksaan kerana melakukan khianat.” “Motif kejadian tabur paku masih disiasat,” katanya pada Sabtu.

Semalam, tular di media sosial video berdurasi 24 saat menunjukkan pemandu kereta Nissan Almera bertindak membuang paku di atas jalan raya di persimpangan lampu isyarat Jalan Ipoh – Lumut dekat Pusing.

#PerakKini #PDRM #taburpaku #atas #jalan #tular #RBZ

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *