Emas Rozita berkongsi rezeki agih 500 pek barangan dapur sempena Aidilfitri

Oleh Rosdalilah Zahari

IPOH – Menjelang Aidilfitri yang akan disambut kurang seminggu lagi, Emas Rozita meneruskan misi untuk menyemarakkan kebaikan dengan menghulurkan bantuan 500 pek barangan dapur kepada golongan kurang berkemampuan.

Orang ramai dilihat mula beratur seawal jam 7 pagi bagi mendapatkan pek barangan dapur yang mengandungi beras, nasi himpit dan kuah kacang segera serta beberapa bahan lain.

Pekerja am, Julia Abdul Rahim, 52, berkata dia bersama tiga rakan lain dari Jalan Gopeng sudah beratur dari jam 7 pagi untuk mengambil pek barangan dapur tersebut.

“Alhamdulillah, pada bulan Ramadan yang mulia ini masih ada yang prihatin untuk menghulurkan sumbangan.

“Semoga Emas Rozita sentiasa dimurahkan rezeki untuk terus membantu masyarakat yang memerlukan,” katanya ketika ditemui pada Sabtu.

Sementara itu, jurucakap Emas Rozita Mohd Nor Fikri Marzuki inisiatif tanggungjawab sosial korporat kami program #ERKongsiRezeki adalah untuk membantu keluarga miskin, anak-anak yatim, serta golongan asnaf termasuk ibu tunggal miskin.

Menurutnya, mereka mengambil inisiatif membawa lebih banyak kebaikan dan memberi sumbangan yang diperlukan oleh masyarakat

“Barangan ini dibeli menggunakan keuntungan sebahagian hasil daripada pembelian emas oleh pelanggan di kedai kami.

“Program berkongsi rezeki ini sudah masuk tahun kelapan dan InsyaALLAH jika ada rezeki lebih akan diteruskan pada masa hadapan,” katanya.

#PerakKini #EmasRozita #pekmakanan #sumbanganAidilfitri #RBZ

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *