PRN: Komitmen BN terhadap DAP baik

Foto BERNAMA

PUTRAJAYA – Barisan Nasional (BN) telah menyatakan komitmen yang cukup baik terhadap DAP dalam menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) tidak lama lagi, kata Setiausaha Agung DAP Anthony Loke.

Beliau berkata komitmen BN itu dinyatakan Pengerusi BN Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yang juga Timbalan Perdana Menteri.

“Saya dengar komitmen Pengerusi BN cukup baik. Kita mengambil komitmen daripada Pengerusi BN sendiri, dan pandangan lain, kita tidak ambil kira,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan Ke-3 Persatuan Pengusaha Pusat Latihan Memandu Malaysia di sini hari ini.

Enam negeri yang akan mengadakan PRN tidak lama lagi ialah Selangor, Pulau Pinang, Negeri Sembilan, Kedah, Kelantan dan Terengganu.

Setakat ini Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan dan Selangor masing-masing telah dibubarkan pada hari Khamis dan Jumaat lepas.- BERNAMA

 

 

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *